Ekspedisi Musafir di Bumi Anbiya' Versi SINAI. 





Kata-Kata Aluan. 

 Terlebih dahulu saya amat bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan buku ini yang serba ringkas dalam masa yang amat singkat dan cukup memuaskan.

 Salam jutaan terima kasih ditujukan kepada Ustaz Muhammad Safwan Bin Azzmi selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dan Ustaz Muhammad Amer Syafiq selaku Ketua Lajnah Dakwah Badan Kebajikan Pulau Pinang Mesir di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya dalam usaha menyiapkan buku ini. Terima Kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada seluruh Jemaah Pemimpin Badan Kebajikan Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) yang turut menyumbang sedikit sebanyak idea serta memberikan saya maklumat berkaitan sejarah dan isu-isu semasa yang amat menakjubkan dan sangat penting untuk diketahui oleh umat islam pada zaman ini.

 Seterusnya buat rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga saya sendiri, terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang telah kalian tampilkan sepanjang proses menghasilkan karya ini.

 Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada Ustaz Aqli Hakimi bin Zulkipli selaku Timbalan Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dan juga selaku Ketua Rombongan Jaulah Sinai dan Dahab atas kesudian beliau membawa kami seluruh ahli (BKPPPM) melawat bumi anbiya'  di Mesir. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan istimewa buat kedua ibu bapa saya yang disayangi,  terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan kewangan dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kalian.

 Akhir kata, segala budi dan jasa baik kalian amat saya hargai dan Allah yang dapat membalas jasa baikmu.

 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa  dan pelanggaran.”
(QS. Al Maaidah: 2)


15 Syawal Jumaat 1439 Hijrah/
29 Jun 2018


Bermusafir Di Bumi Sinai



Semenanjung Sinai.


Segitiga Sinai merupakan sebuah dataran yang menyerupai sebuah pulau, dan berlatarkan dua teluk iaitu teluk Aqabah dan teluk Suez. Keluasannya dalam lingkungan 61 ribu kilometer dan mempunyai dua wilayah. Wilayah yang dimaksudkan iaitu Sinai Utara beribu kotakan Ariesy dan Sinai Selatan beribu kotakan Al-Thur.






Hampir keseluruhan dataran ini diliputi gurun pasir yang mempunyai keunitkan tersendiri yang menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara. Bukit- bukau yang menerima hakisan dari tiupan angin yang berumur ribuan tahun menjadikan dataran Sinai lebih terserlah dengan seni yang terpahat di tebing-tebing batu bukit dengan menyimpan seribu rahsia agama tauhid, yahudi dan nasrani. Kawasan -kawasan ini juga diselangi oleh lautan yang bersih dan menjadi tempat percutian pelancong-pelancong asing yang berminat bersantai dan melaksanakan aktiviti snockling terutamanya di musim panas.

Sinai merupakan kawasan rebutan semenjak zaman mesir kuno lagi. Tidak kurang 15 kali Sinai dijajah dan jajahan terakhir oleh israel pada tahun 1973 namun berhasil dibebaskan oleh mesir pada tanggal 6 oktober 1973. Dataran ini juga, melakarkan peristiwa penting kenabian yang diutuskan oleh Allah kepada manusia antaranya ialah Mulai nabi Ibrahim menuju jalan ke Syam, nabi Musa berbicara dengan Allah di Bukit Tursina, Allah menyesatkan bani israel di banjaran Teh selama 40 tahun, Peristiwa penyembahan lembu samiri yang disembah oleh kaum nabi Musa dan nabi Harun. Malah disini jugalah terletak makan nabi Allah Soleh dan Harun a.s demi menunjukkan mulianya kawasan lembah thur yang terdapat di mesir ini. 




Pohon tamar ditengah-tengah gurun pasir. Ianya menjadi kawasan persinggahan orang -orang badwi setelah penat mengembala kambing dan mencari hasil-hasil yang terdapat dipadang pasir. Pohon tamar merupakan pohon yang hidup ditengah-tengah padang pasir dengan suburnya. bagaimanakah ianya hidup subur sedangkan tiada bekalan air disekelilingnya. Inilah menunjukkan kekuasan Allah dalam menghidupkan makhluknya yang mungkin tidak dapat difikirkan oleh pemikiran manusia.




Kelihatan unta berehat bersama anaknya. Inilah binatang yang disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran sebagai pengiktibaran bagi orang-orang yang beriman sebagimana yang tercatat di dalam Surah Al-Ghasyiyah ayat 17 " maka apakah mereka tidak memerhatikan kepada unta yang diciptakan " Inilah menunjukkan kebesaran Allah swt sebagai penguasa langit dan bumi.

Terusan Suez. 



Untuk menuju ke Bukit Tursina pertama sekali para pengunjung perlu melalui Terusan Suez yang merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia di antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), Terusan Suez berada di antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut.
Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah.


Terowong Ahmad Hamdi



Dibina pada tanggal 17 November tahun 1869 oleh seorang panglima perang berbangsa Perancis, Ferdinand De Lesseps. Projek pebinaan terusan ini memakan masa selama 10 tahun. Panjang terusan ini mencapai 168 km dengan lebar antara 120 hingga 200 m. Terusan ini pernah satu ketika dahulu menjadi rebutan Inggeris, Perancis dan Mesir pada peperangan tahun 1956 kerana ia merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang timur dan barat. 

Ia juga merupakan sistem perhubungan yang kedua terpenting di dunia selepas jalan laut Atlantik Utara dan menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel. Di bawah terusan inilah terdapat terowong bawah tanah (Ahmad Hamdi Tunnel) yang menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai. Terusan ini merupakan sumber hasil utama pendapatan kerajaan Mesir dari setiap cukai kapal yang menggunakan terusan ini.




Terowong ini juga merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kejayaan negara Mesir menguasai Sinai, terowong ini dibina untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong ‘Ahmad Hamdi’ ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini.

Kubu Israel di Sinai






Di Sinai, kami singgah di Kubu Israel yang berjaya di tawan oleh kerajaan Mesir semasa Perang Arab-Israel pada tahun 1973 (Yom Kippur War 1973yang di akhiri dengan Mesir berjaya mendapatkan Sinai semula selepas di tawan Israel sejak tahun 1967.


Menariknya kubu ini, ia sebenarnya di bina di bawah tanah yang menyebabkan tiada seorang pun tentera Mesir yang dapat mengesannya pada ketika itu dan menyebabkan setiap kali jet pejuang Mesir melalui kawasan ini pasti akan di tembak. Kedudukannya yang di selubungi oleh timbunan pasir menyebabkan kubu ini sukar untuk di tawan tentera Mesir.

Sehinggalah katanya seorang Sheikh Al Azhar iaitu Sheikh Dr Abdul Halim Mahmud bermimpi tentang strategi melawan tentera Israel iaitu supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan.  Pada ketika itu beliau adalah penasihat agama kepada Presiden Anwar Saddat.

Setelah air disimbah, maka pastilah pasir termendap dan ternampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Strategi inilah yang membawa kemenangan akhirnya berpihak kepada Mesir.

12 Mata Air Nabi Musa As






Salah satu jejak nabi Musa As adalah 12 mata air ini. Kawasan ini terletak di perbatasan Terusan Suez dan perbukitan Sinai, 165 KM dari ibu kota Mesir, Kaherah. Sumber mata air ini adalah peninggalan nabi Musa AS, setelah Allah SWT memerintahkan untuk memukulkan tongkatnya.

Keluarlah 12 mata air dengan jumlah air melimpah yang menyelamatkan rombongan Bani Israil pimpinan nabi Musa dari bencana kehausan, pasca pelarian dari kejaran Fir’aun."Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. 

Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan." (QS al-Baqarah [2]: 60).

Dari kedua belas mata air itu, saat ini hanya lima saja yang mampu bertahan dan cuma satu sumur saja yang berair iaitu namanya Bi’r as-syekh dengan kedalaman 40 kaki.

Makam Nabi Saleh AS





Nabi Saleh a.s. (صالح) merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam dan telah diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang dikeluarkan dari celah batu dengan izin Allah yakni bagi menunjukkan kebesaran Allah S.W.T kepada kaum Thamud. Malangnya kaum Thamud masih mengingkari ajaran Nabi Saleh a.s. malah mereka membunuh unta betina tersebut. Akhirnya kaum Thamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al-A'raf; ayat:73)

Makam Nabi Harun AS



Pintu masuk Makam

Makam Nabi Harun (هارون) terletak diatas sebuah bukit. Baginda Bersaudara dengan Nabi Musa as. Dilantik menjadi Rasul pada tahun 1439sm sehingga kembali menemui Allah swt pada 1317sm. Pada ketika itu baginda berusia 122 tahun. Makamnya tidak jauh dari Saint Catherine dan tidak jauh dari makam ini terdapat (آثار) iaitu kesan patung lembu samiri.

Nabi Harun a.s telah diminta oleh Nabi Musa a.s pada Allah S.W.T dalam membantu memperkembangkan agama Allah.


Firman Allah yang maksudnya :Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.
(Surah Maryam; ayat:53)
     
 Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku kuwatir mereka akan berdusta.” Sepanjang peninggalan Nabi Musa untuk bermunajat di Thur Sinai, Harun juga diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel dari melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah dengan benda lain. Musa berkata kepada Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerusakan.”

Ia ditugaskan berdakwah kepada para Firaun Mesir dan Bani Israil di Sinai, Mesir. Namanya disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran. 

Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, yaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestina. Mengenai Bani Israel, mereka memang keras kepala, banyak pertanyaan dan sukar dipimpin, namun dengan kesabaran Musa dan Harun, mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat Allah, seperti terkandung dalam Taurat ketika itu.

Patung Lembu Samiri. 


Ini adalah (آثار) kesan Patung Lembu Samiri

Dalam Alquran, diceritakan bahwa setelah Nabi Musa AS bersama umatnya (Bani Israil) keluar dari Mesir dengan menyeberangi Laut Merah dari kejaran Firaun, Nabi Musa kemudian pergi ke sebuah bukit untuk bertemu dengan Allah SWT.


Umatnya yang ditinggalkan bersama dengan Nabi Harun AS lantas merasa kepergian Musa terlalu lama. Karena itu, mereka kemudian meminta Nabi Harun AS untuk membuat sesuatu sebagai sesembahan mereka. Nabi Harun AS menolak permintaan Bani Israil ini.

Namun, Nabi Harun tak kuasa melawan desakan kaumnya yang terus memaksakan diri untuk membuat sebuah patung sebagai sesembahan. Hingga akhirnya, melalui sebuah pengkhianatan salah seorang pengikutnya, yaitu Samiri, Bani Israil berhasil membuat sebuah patung berupa anak lembu (sapi). Patung anak lembu itu terbuat dari emas.

Ketika keluar dari Mesir, banyak kaum Bani Israil yang membawa perhiasan mereka. Perhiasan-perhiasan itu kemudian dibakar hingga meleleh, lalu oleh Samiri dibuat patung anak lembu.Ketika Musa kembali, dia sangat terkejut melihat perilaku umatnya itu. Nabi Musa pun marah. Cerita ini selengkapnya dapat dilihat pada surah Thaha ayat 85-98 dan al-A'raf ayat 148-154.



"Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman". (Surah Al-A'raf; ayat:148)


Saint Catherine's Monastery. 



Dipinggir bukit tursina terdapat sebuah gereja terbesar di Afrika digelar Saint Catherine's Monastery. Gereja ini telah dibina ketikamana Mesir berada dibawah jajahan Byzantine. Ianya telah dibina pada tahun 527 dan 565M. Kini berusia hampir 1500 tahun yang masih boleh dilihat peningalan sejarah didalamnya.



Gereja ini pada asalnya adalah sebuah masjid kemudian telah diubah menjadi gereja dan anda boleh melihat masih ada kubah kecil yang menandakan ianya adalah masjid yang ditinggalkan seketika dahulu. Gereja ini dibina atas arahan maharaja Byzantine bernama Justian 1 dan beliau juga peneraju dalam pembinaan Hagia sofia di Constantinopal.

Saint Chaterine's Monastery ini dibina menurut beberapa kepercayaan adalah bertujuan untuk menutup Chapel Of the Burning Bush merupakan tempat nabi Musa as dipercayai melihat sebuah pohon hijau dan mendengar suatu suara yang merupakan wahyu dari Allah swt kepadanya. Didalamnya masih terdapat pohon tersebut yang menjadi kepercayaan agama kristian pohon yang memakbulkan pemintaan.



Lift Manual yang digunakan bagi mengangkat barang ke tingkat atas Saint Catherine. Barang diatas kenderaan diangkat sedikit demi sedikit mengunakan tali yang mengunakan tenaga manusia untuk memutarnya. Ini diantara cara unit yang difikirkan bagi memudahkan sesuatu kerja dibuat suatu ketika dahulu.



Tenaga manusia digunakan untuk memutar kayu lift manual untuk menarik barang ketingkat atas. Ini menunjukkan bahawa kepakaran lift yang ada pada bangunan hari ini merupakan hasil pemikiran orang-orang terdahulu. maka dengan penerimaan cara moden maka terbentuklah satu kajian mengunakan kuasa laterik untuk mengerakkan sebagaimana yang dilihat pada hari ini dibangunana-bangunan.



Inilah pohon hijau yang menjadi kepercayaan agama kristian boleh memakbulkan doa sesiapa sahaja. Pokok ini juga digelar pohon 1000 tahun. Menurutnya pohon inilah yang pernah terbakar dan Nabi Musa telah mendengar suara darinya merupakan wahyu dari Allah. Ianya juga digelar pohon suci.

Bukit Thursina/Gunun Sinai. 



Gunung Sinai (Bahasa Arabطور سيناء‎ Ṭūr Sīnāʼ ) ialah sebuah gunung yang terletak di Semenanjung Sinai, laluan antara tanah Mesir ke IsraelSemenanjung Arab dan MesopotamiaGunung setinggi 2,285 meter ini turut dikenali dengan nama Jabal Musa. 





Di sinilah tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu secara langsung daripada Allah SWT. Majoriti umat Islam tentu mengetahui kisah Nabi Musa AS yang dianugerahi mukjizat kenabian berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular besar. Tongkat ini pula yang kemudian digunakan Nabi Musa untuk membelah Laut Merah bagi menunjukkan bukti kenabian pada kaumnya.



Kisah Nabi Musa dan mukjizatnya ini diceritakan secara jelas dalam Al-Quran, tepatnya dalam Surat At-Tin dan Al-Mu'minun. Dalam Quran disebutkan, mukjizat berupa 'tongkat ular' dan tangan yang bercahaya diturunkan Allah kepada Nabi Musa di sebuah tempat bernama Bukit Tursina. Bukit Tursina pulalah yang menjadi saksi bahwa Nabi Musa pernah berbicara langsung dengan Allah SWT.



Dimaklumkan juga bahawa antara kelebihan tempat itu ialah Nabi Muhammad SAW pernah bersolat di situ. Tempat-tempat sedemikian adalah tempat-tempat yang harus diharapkan keberkatan darinya. Hadis tersebut adalah sebahagian daripada riwayat mengenai peristiwa Isra’ dan Mi’raj baginda SAW.


Matannya:

عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُتِيتُ بِدَابَّةٍ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ خَطْوُهَا عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهَا فَرَكِبْتُ وَمَعِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَسِرْتُ، فَقَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ، فَفَعَلْتُ، فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطَيْبَةَ وَإِلَيْهَا الْمُهَاجَرُ، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ، فَصَلَّيْتُ، فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطُورِ سَيْنَاءَ حَيْثُ كَلَّمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ، فَنَزَلْتُ فَصَلَّيْتُ، فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِبَيْتِ لَحْمٍ حَيْثُ وُلِدَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَام، ثُمَّ دَخَلْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ، فَجُمِعَ لِي الْأَنْبِيَاءُ عَلَيْهِمْ السَّلَام، فَقَدَّمَنِي جِبْرِيلُ حَتَّى أَمَمْتُهُمْ، ثُمَّ صُعِدَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا… إلخ. [رواه الإمام النسائي في سننه (446) بسند صحيح، والإمام الطبراني في مسند الشاميين (341)، والإمام الطبري في تهذيب الآثار (2776)]
Terjemahan:
Sabda Rasulullah SAW: ”Aku diberikan seekor binatang yang tingginya lebih dari keldai dan kurang dari baghal. Langkahnya adalah sejauh mata memandang. Lalu aku menunggangnya dan bersamaku Jibril AS. Lantas aku pun bergerak. Setelah itu, Jibril berkata: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun melaksanakannya. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Taybah, dan kepadanya nanti tempat berhijrah.
Kemudian setelah itu, Jibril berkata lagi: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun bersolat. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Tur Saina’, di mana Allah ’azza wajalla telah berbicara dengan Nabi Musa AS.
Kemudian setelah itu, Jibril berkata lagi: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun bersolat. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Bait Lahm, di mana tempat Nabi ’Isa AS dilahirkan.
Kemudian aku memasuki Baitul Maqdis. Lalu dihimpunkan untukku para anbiya’ (nabi-nabi) AS. Lantas Jibril pun mengedepankanku sehingga aku mengimamkan mereka bersolat. Kemudian aku diangkatkan ke langit dunia…”.

Ia disebut dalam riwayat al-Nasa’i, al-Tabari dan al-Tabarani dengan taraf yang sahih. 
Apa yang mahu difokuskan ialah titik perjalanan Nabi SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis, di mana baginda SAW telah singgah di tiga perhentian. Antaranya ialah di bukit Thursina serta bersolat di situ. Perjalanan menunggang binatang supersonik ini bukanlah satu perjalanan yang berbentuk rohani atau ghaib. Ini kerana Isra’ adalah perjalanan merentas alam nyata, dan Mi’raj barulah perjalanan merentas alam ghaib. Maka semua yang dilalui dan dilihat oleh Nabi SAW adalah realiti dan benar belaka, bukannya metafora ataupun majazi.
Justeru, sesiapa yang berpeluang untuk mendaki ke sana, maka janganlah melepaskan peluang berkenaan. Malah, perjalanannya bukanlah perjalanan yang selesa. Dari kaki bukit menuju ke puncaknya pula mengambil masa sekitar 2-3 jam. Namun, hasilnya apabila tiba di puncak bukit Thursina adalah sangat memuaskan.

Gambar-gambar sekitar Ekspedisi Menjejaki Bumi Anbiya' di Sinai Boleh di lihat dengan melawat Facebook Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) 
Facebook BKPPPM



PENUTUP


Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian ilmu dan pengalaman penulis berkenaan ekspedisi menjejaki bumi anbiya' di Sinai. Sebarang pembetulan atau cadangan boleh dihantar terus kepada penerbit buku ini di platform yang disediakan;

Panggilan/Whatsapp: +201148455437
Facebook: Ahmad Muhammad
Instagram: Ahmadmuhammad133




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minuman Popular di Mesir